BIOGRAFI Maman Teacher's Pet

Rosman b. Lamri (lahir 3 Ogos 1969), ialah seorang penyanyi rock popular Malaysia, yang lebih dikenali sebagai Maman Teacher's Pet. Selain dikenali sebagai seorang penyanyi, Maman juga ialah seorang pemuzik, komposer, penulis lirik dan pelakon. Maman ialah bekas vokalis kumpulan rock Malaysia, Teacher's Pet. Beliau juga dikenali sebagai seorang penggubah lagu "prodigy", kerana lagu-lagu gubahan Maman selalunya menjadi "hit" di radio dan televisyen di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia. Selain dikenali sebagai Maman, beliau juga sinonim dengan gelaran "Shark", iaitu watak yang dipegang olehnya di dalam filem Layar Lara. Walaupun karier lakonan Maman tidak berpanjangan, namun impak lakonannya menjadi ingatan peminat-peminatnya sehingga ke hari ini.

Maman dikenali di dalam industrinya sebagai seorang "perfectionist" di dalam penggubahan lagu-lagunya dan di dalam persembahannya.

Rujukan

WikiPedia: Maman Teacher's Pet https://music.apple.com/my/album/di-suatu-hari-di-... https://artismeletop.blogspot.com/2014/10/maman-te... https://www.discogs.com/artist/5798031-Nasser-Abu-... https://www.discogs.com/artist/6529692-Teachers-Pe... https://www.instagram.com/mamanteacherspet_officia... https://my.linkedin.com/in/fayzamin https://www.shazam.com/track/220064231/warisan-wan... https://open.spotify.com/album/2ZEyYpTM5qPXtrRsoom... https://twitter.com/officialmamanx?lang=en https://mamanteacherspet.weebly.com